Bangkai penyu hijau ditemui di Pantai Nagalang
Iklan
Bangkai penyu hijau ditemukan terdampar di atas batu di pantai Nagalang pada petang Ahad. Foto Dylan Chua of Thai Beach Restaurant
LABUAN - Bangkai penyu hijau berukuran 0.6 meter ditemukan terdampar di atas batu di pantai Nagalang di sini pada 2.35 petang Ahad, menjadikan penemuan kedua seumpamanya dalam tempoh terdekat.
Bangkai penyu itu ditemui seorang pekerja Restoran Thai Beach, yang terletak berhampiran pantai berkenaan.
Iklan
Iklan
Penyelia restoran, Dylan Chua berkata, hidupan marin tersebut dipercayai telah mati sejak beberapa hari lepas.
"Tisu badan penyu sudah kembung dan terdapat bau yang kuat,” katanya sambil menambah berdasarkan pemerhatian bangkai tersebut dipercayai penyu hijau, spesies yang dilindungi di bawah undang-undang hidupan liar Malaysia.
Iklan
Dylan berkata penemuan sebelum ini juga berlaku berhampiran kawasan yang sama, sekali gus mencetuskan kebimbangan kemungkinan terdapat ancaman terhadap alam sekitar atau hidupan marin itu.
Jabatan Perikanan Labuan telah dimaklumkan mengenai penemuan terbaharu itu bagi siasatan lanjut dan kemungkinan tindakan pelupusan bangkai penyu tersebut.
Iklan
Pihak berkuasa setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai punca kematian penyu hijau itu sama ada disebabkan pencemaran, aktiviti penangkapan ikan atau faktor semula jadi. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RM17 juta untuk tanah, pampasan projek naik taraf jalan -Alexander"><meta itemprop="description" content="Sebanyak RM17 juta daripada keseluruhan kos RM70.6 juta bagi projek menaik taraf Jalan Lok Kawi-Sabindo diperuntukkan bagi pengambilan tanah dan bayaran pampasan kepada pemilik premis yang terjejas di sepanjang jajaran projek berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan itu melibatkan pampasan kepada 41 lot yang terkesan, termasuk struktur premis yang perlu diambil bagi membolehkan projek pelebaran jalan sepanjang 1.5 kilometer dilaksanakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789730/edisi/sabah-sarawak/rm17-juta-untuk-tanah-pampasan-projek-naik-taraf-jalan--alexander
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #projeknaiktaraf #AlexanderNantaLinggi #menterikerjaraya"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-28T07:53:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cxKTQ1gQ5_jmd6MBw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P107S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xastv8a"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xastv8a"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xastv8a"></script>