Lelaki maut terkena renjatan elektrik

Iklan
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian

LAHAD DATU - Seorang lelaki berusia 30-an maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik di Kampung Puyut, di sini tengah hari, Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.47 tengah hari dan tiba di lokasi kejadian lapan minit kemudian.

Iklan
Iklan

Seorang lelaki berusia 30-an maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik di Kampung Puyut

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu. 

Iklan

Bomba menerima panggilan kecemasan pada 12.47 tengah hari dan tiba di lokasi kejadian lapan minit kemudian.

Beliau berkata, mangsa dipercayai tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan tidak dikenali oleh penduduk kampung terbabit.

Iklan

Mangsa dipercayai tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan tidak dikenali oleh penduduk kampung terbabit.

Sumsoa berkata, operasi ditamatkan pada 1.36 tengah hari dan mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Bernama