Faisal alami retak tulang hidung - Selangor FC

Iklan
Faisal. Foto: SELANGOR FC

SELANGOR FC memaklumkan pemain sayapnya Faisal Halim mengalami keretakan di bahagian tulang hidungnya ketika perlawanan menentang PDRM FC dalam aksi terakhir Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Sabtu.

Menurut kenyataan pasukan Gergasi Merah itu di laman media sosial mereka, Faisal akan dirawat secara konservatif dan mendapatkan pemeriksaan rapi dalam masa terdekat.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, Selangor FC menjelaskan bahawa Faisal tidak berdepan sebarang masalah sekiranya mahu beraksi di atas padang.

"Menurut doktor pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), dia mengalami 'fracture nasal bone with mucosa laceration' dan akan dirawat secara konservatif serta mendapatkan pemeriksaan rapi dalam masa terdekat.

Iklan

"Bagaimanapun, tiada kesan bahaya untuk beliau beraksi di atas padang," kata kenyataan Selangor FC.

Sebelum ini, Faisal mengalami kecederaan selepas bertembung dengan kapten PDRM FC, Faith Friday Obilor pada minit ke-55 menyaksikan hidungnya berdarah.

Iklan

Beliau kemudiannya diberikan rawatan dan terpaksa dikeluarkan dalam perlawanan yang menyaksikan Selangor berjaya mencatatkan kemenangan 2-0.