Dua lelaki maut motosikal terbabas

Iklan
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian di Jalan Utama Bandar Mas, dekat simpang tiga Stadium Bandar Mas.

KOTA TINGGI - Dua lelaki maut selepas motosikal ditunggang mereka terbabas dalam kejadian berasingan pada Sabtu dan Ahad.

Dalam kejadian pada malam Sabtu, seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar tiang elektrik di Jalan Utama Bandar Mas, dekat simpang tiga Stadium Bandar Mas.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman, ketika kejadian sekitar jam 11 malam mangsa berusia 16 tahun menunggang motosikal jenis Honda EX5 dari arah Hentian Bandar Mas menghala ke Bandar Mas.

Menurutnya, setibanya di lokasi, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan sehingga terbabas dan melanggar tiang elektrik di bahu jalan.

Iklan

"Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk proses bedah siasat," katanya.

Iklan

Sementara itu, dalam kejadian pada awal pagi Ahad, seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 7.9, Lebuhraya Iskandar Sultan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7.57 pagi melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha R25 dari Gelang Patah menuju ke Johor Bahru.

"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum terbabas sendiri.

"Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA),” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.