TOKYO – Seorang pemandu bas yang sudah berkhidmat selama 29 tahun hilang wang pencen berjumlah 12 juta yen (RM371,437) setelah dipecat, gara-gara mencuri 1,000 yen (RM31) daripada bayaran tambang penumpang.
Perbuatan lelaki itu turut dirakamkan kamera keselamatan bas, namun dinafikan individu tersebut yang kemudiannya bertindak memfailkan sama ke atas bandar Kyoto, namun kalah kes berkenaan.