Isu ladang babi dijawab dalam Sidang DUN minggu depan

Iklan
Saarani ditemui pada Jelajah AIM TVET bersama Cikgu Saarani di Kompleks Sukan Tapah, pada Sabtu

TAPAH – Isu ladang babi yang didakwa beroperasi secara haram di Tanjung Keramat di sini akan dijawab pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, minggu depan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, perkara itu akan dimaklumkan pada sesi penggulungan Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional negeri, A Sivanesan.

Iklan
Iklan

"Isu ini akan dijawab oleh Sivanesan selaku Exco yang bertanggungjawab berikutan ada beberapa penambahbaikan dibuat oleh beliau.

"Kita tunggu penggulungan beliau nanti," katanya ketika menjawab gesaan Perikatan Nasional (PN) untuk menutup ladang babi haram dan memindahkan premis ke lokasi yang lebih sesuai.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Jelajah AIM TVET bersama Cikgu Saarani di Kompleks Sukan Tapah, di sini, pada Sabtu.

Dalam perkembangan lain, Saarani yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak mengingatkan jenteranya supaya berkempen secara sihat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Iklan

Menurutnya, sebarang provokasi melibatkan sentimen kaum dan agama perlu dielakkan.

"Saya sudah maklumkan kepada semua petugas BN bahawa kita hendak menang tanpa terlibat dalam sebarang fitnah.

"Yang kedua, jangan cipta perkara-perkara yang boleh menyebabkan berlakunya perpecahan dalam kalangan pengundi tempatan.

"Janganlah kerana pilihan raya, kerana provokasi melampau menyebabkan berlaku pertelingkahan dalam rumah tangga dan kalangan masyarakat," katanya.