Dua maut, dua parah kereta dirempuh pikap dipandu warga China

Iklan
Mangsa yang parah dihantar ke Hospital Bintulu untuk rawatan. Foto JBPM Sarawak

BINTULU - Dua maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan kereta di hadapan persimpangan lampu isyarat Paragon, di sini malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 11.57 malam.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, dua yang maut dikenali sebagai Yiu Siew Lee, 34, dan Janam Ampar, 44, manakala yang parah terdiri daripada Wilson Tawi, 24, dan warganegara Indonesia Anis Sintiabella, 19. Keempat-empat mereka menaiki kereta Proton Saga.

Pemandu Toyota Hilux, seorang warganegara China bagaimanapun tidak cedera.

Iklan

"Bomba berjaya mengeluarkan mangsa wanita yang maut pada jam 12.08 tengah malam disusuli mangsa kedua sekitar 10 minit kemudian,” katanya.

Jurucakap itu memaklumkan mangsa yang parah dihantar ke Hospital Bintulu untuk rawatan. - Bernama

Iklan