Lawatan kerja PM ke Thailand tarik potensi eksport RM1.07 bilion - MITI
Iklan
Anwar (tengah) mengadakan sidang akhbar sempena lawatan kerja dua hari ke Bangkok, Thailand, hari ini. - Foto: Bernama
LAWATAN kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Thailand yang berakhir hari ini menarik potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion yang merangkumi produk seperti alat ganti automatik, pembinaan, minyak dan gas, tenaga dan peranti perubatan.
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, minat untuk mendapatkan produk negara itu disampaikan menerusi mesyuarat meja bulat anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dengan pegawai tertinggi daripada lapan syarikat terkemuka Thailand untuk memudahkan peluang perdagangan antara kedua-dua negara.
Iklan
Iklan
Turut mengiringi Anwar dalam lawatan selama dua hari itu ialah Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz Tengku Abdul Aziz.
"Secara kolektif, syarikat ini menyediakan potensi gabungan nilai penyumberan sebanyak RM1.07 bilion (AS$244.04 juta) dari Malaysia, menunjukkan tarikan Malaysia sebagai rakan rantaian perdagangan dan bekalan yang boleh dipercayai,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Iklan
MITI berkata, minat memberangsangkan daripada syarikat Thailand untuk mendapatkan produk Malaysia dan melabur di negara ini sejajar dengan hala tuju dasar terkini di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).
Menurutnya, dasar ini menekankan kepada pelaburan strategik, kerjasama serantau dan eksport nilai tambah untuk meletakkan Malaysia sebagai pemain utama dalam rantaian bekalan serantau.
Iklan
"Fokus MITI untuk memacu pertumbuhan hijau, mengukuhkan hubungan perindustrian dan mempromosikan sektor bernilai tinggi menyokong kemudahan usaha niaga rentas sempadan dengan Thailand, telah meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam landskap perdagangan global yang berkembang,” kata MITI.
Thailand adalah rakan dagangan ketiga terbesar Malaysia dalam ASEAN dan ketujuh di seluruh dunia.
Pada 2024, perdagangan dua hala berjumlah AS$25.06 bilion dengan perdagangan sempadan mencakupi 40 peratus daripada jumlah itu.
Momentum tersebut berterusan pada awal 2025, dengan perdagangan dua hala meningkat hampir lapan peratus dalam tempoh dua bulan pertama 2025.
Sejak 1980 sehingga Disember 2024, sejumlah 116 projek pembuatan dengan penyertaan Thailand telah dilaksanakan berjumlah AS$768 juta (RM2.73 bilion) dalam pelaburan yang direalisasikan dan mewujudkan lebih 11,000 pekerjaan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>