KEMENTERIAN Haji dan Umrah Arab Saudi memberi amaran kepada mereka yang berhasrat menunaikan ibadah haji agar tidak berurusan melalui saluran tidak rasmi.
Kementerian tersebut turut menegaskan bahawa kemasukan bagi tujuan haji mesti melalui visa haji rasmi yang dikeluarkan pihak berkuasa Arab Saudi, menurut laporan Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Iklan
Iklan
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menegaskan bahawa"portal elektronik" di laman sesawang rasminya (https://masar.nusuk.sa) serta aplikasi Nusuk merupakan satu-satunya saluran yang diluluskan bagi jemaah haji tempatan - warganegara dan penduduk dalam Kerajaan Arab Saudi - untuk menempah pakej haji.
Kementerian itu turut menegaskan bahawa sebarang maklumat atau tawaran yang disebarkan menerusi saluran tidak rasmi adalah mengelirukan dan tidak mewakili kementerian atau pihak berkuasa berkaitan.
Selain itu, kementerian berkenaan menyediakan sokongan pelbagai bahasa 24 jam melalui Pusat Penjagaan Tetamu bagi sebarang pertanyaan atau aduan.
Ia boleh dihubungi menerusi talian hotline di 1966 bagi panggilan dalam Arab Saudi, nombor antarabangsa 9669 2000 2814 bagi panggilan dari luar Arab Saudi serta e-mel care@haj.gov.sa. - Bernama
Artikel Berkaitan