'Bubar DUN, kita bincang dengan rakan komponen GRS, PH Plus' - Hajiji

Iklan
Hajiji Noor

KOTA KINABALU - Perbincangan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bukan sahaja melibatkan parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS), tetapi turut merangkumi rakan-rakan parti dalam kerajaan negeri termasuk Pakatan Harapan (PH) Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keputusan untuk membubarkan DUN tidak boleh dibuat secara bersendirian, sebaliknya perlu diputuskan secara bersama dalam kalangan parti-parti yang membentuk kerajaan.

Iklan
Iklan

"Kita kena bincang dengan rakan-rakan parti komponen, pandangan masing-masing nanti.

"Nanti kita akan bermesyuarat bukan saja dengan GRS, tetapi rakan-rakan kita dalam kerajaan, PH Plus. Jadi baru kita boleh putuskan bila untuk kita mengadakan pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas selesai menghadiri persidangan DUN Sabah pada Khamis.

Iklan

Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata demikian ketika ditanya sama ada sidang DUN kali ini merupakan yang terakhir sebelum Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) diadakan.

Mengulas lanjut, beliau memberi bayangan bahawa PRN kemungkinan diadakan sebelum Oktober memandangkan tempoh mandat kerajaan sedia ada bakal tamat pada tahun ini.

Iklan

"Kita punya tempoh ini akan berakhir. Sebenarnya pada bulan November akan datang, ia diambil apabila kita mula mengadakan sidang DUN selepas pilihan raya yang lalu.

"Jadi sebelum sampai sanalah tempoh itu," katanya.

Ditanya mengenai perjalanan sidang DUN kali ini, Hajiji menyifatkan ia berlangsung dengan baik apabila kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah memberikan pandangan serta cadangan yang membina.

"Dari sana kita akan ambil perhatian dan tindakan. Mana-mana cadangan yang baik untuk negeri dan rakyat, kita akan bagi pertimbangan yang sewajarnya," ujarnya.