Pesara rugi RM15.1 juta terpedaya skim pelaburan saham tidak wujud

Iklan
Seorang pesara syarikat swasta mengalami kerugian RM15.1 juta selepas dijerat kenalannya bagi pembelian saham yang tidak wujud. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang pesara syarikat swasta mengalami kerugian RM15.1 juta selepas dijerat kenalannya bagi pembelian saham yang tidak wujud.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, laporan diterima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields pada 14 April lepas.

Iklan
Iklan

Menurutnya, wanita berusia berusia 77 tahun itu memaklumkan telah dipelawa oleh seorang kenalannya iaitu suspek utama yang juga seorang ahli perniagaan untuk membeli saham sebuah syarikat di Malaysia.

"Mangsa diyakinkan untuk membeli saham tersebut melalui suspek pertama dan saham tersebut akan dipegang oleh suspek pertama secara amanah untuk pihak mangsa.

Iklan

"Suspek pertama turut memperkenalkan mangsa kepada rakannya (suspek kedua) yang dikatakan akan bertindak sebagai ejen bagi pembelian tersebut," katanya ketika Majlis Aidilfitri JSJK di sini pada Khamis.

Beliau berkata, mangsa turut ditunjukkan beberapa dokumen yang menguatkan lagi keyakinan mangsa untuk membeli saham tersebut.

Iklan

Tambahnya, bermula pada 2020 hingga 2021, mangsa telah membuat beberapa bayaran secara cek tunai, deposit tunai dan pindahan wang kepada tiga individu berbeza termasuk suspek pertama dengan jumlah keseluruhan RM15.1 juta.

"Pada 2021, mangsa mula meminta agar saham yang dibeli oleh suspek pertama dipindahkan kepadanya. Mangsa turut meminta agar bukti-bukti pembelian dikemukakan kepadanya.

"Bagaimanapun, kedua-dua suspek memberikan pelbagai alasan dan sentiasa meminta penangguhan," ujarnya.

Menurut Rohaimi, mangsa yang mula mencurigai kesahihan pembelian saham tersebut kemudiannya membuat semakan dan mendapati maklumat bahawa dokumen-dokumen yang ditunjukkan kepadanya telah direka oleh suspek kedua bagi memperdayakannya.

"Malahan, beberapa tangkap layar perbualan WhatsApp antara suspek pertama dan seorang individu berpengaruh di Malaysia mengenai pembelian saham tersebut sebenarnya hanyalah perbualan antara suspek pertama dan suspek kedua," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.