SPRM tahan pegawai perikanan subahat kemuka tuntutan palsu

Iklan
SPRM menahan seorang pegawai perikanan bagi membantu siasatan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu membabitkan nilai lebih RM110,000. Foto hiasan

MERSING - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis menahan seorang pegawai perikanan bagi membantu siasatan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu membabitkan nilai lebih RM110,000.

Menurut sumber, wanita berusia 44 tahun yang bertugas di Jabatan Perikanan Negeri Johor itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Johor pada kira-kira jam 11 pagi.

Iklan
Iklan

Difahamkan, suspek dipercayai telah mengarahkan sebuah syarikat kontraktor untuk mengemukakan dokumen tuntutan mengandungi butiran palsu kepada jabatan berkenaan, berkaitan kerja membekal, menghantar dan mentauliah peralatan sokongan kepada penerima bantuan Peruntukan Pembangunan Semula Projek Agromakanan (PPSPA Bil. 1/2023) negeri Johor.

Dianggarkan jumlah keseluruhan tuntutan tersebut melebihi RM110,000.

Iklan
Iklan

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.