Dua sahabat maut kereta bertembung bas pekerja

Iklan
Dua lelaki maut selepas kereta dinaiki mereka terbabit nahas dengan sebuah bas kilang di Jalan Salleh-Bukit Pasir, Muar awal pagi Khamis.- Foto Bomba

MUAR – [DIKEMAS KINI] Dua sahabat menemui ajal apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas pekerja dalam kejadian di Jalan Salleh-Bukit Pasir, awal pagi Khamis.

Mangsa yang juga pemandu Perodua Axia, Amar Jazli Yusof, 26 dan sahabatnya Muhammad Nur Aiman Mohd Azharry, 21, yang masing-masing berasal dari Bakri dan Parit Jawa, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Iklan
Iklan

Difahamkan, kedua-dua mereka keluar berjalan bersama menaiki kereta dari kediaman masing-masing sebelum nahas berlaku kira-kira jam 6.20 pagi.

Keadaan kereta terbabit nahas dengan sebuah bas kilang di Jalan Salleh-Bukit Pasir, Muar awal pagi Khamis.- Foto Bomba

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, ketika kejadian bas pekerja berkenaan dinaiki 20 penumpang dari arah Bukit Pasir menuju ke Tanjung Agas.

Iklan

"Akibat perlanggaran itu, kedua-dua kenderaan terseret ke laluan asal Perodua Axia.

"Kedua-dua pemandu dan penumpang yang menaiki kereta Perodua Axia disahkan maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah pada anggota badan,”katanya dalam satu kenyataan.

Iklan
Keadaan kereta remuk selepas terbabit kemalangan dengan bas pekerja.- Foto Bomba

Menurut beliau, pemandu bas berusia 49 tahun dan semua penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk dibedah siasat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987" ujarnya.