PENAMPANG - Seorang lelaki yang memandu sebuah lori dan merempuh 14 kenderaan dalam kejadian di Jalan Duvanson, berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Tansau, Putatan, dijatuhkan hukuman penjara dan denda di Mahkamah Kota Kinabalu pada Rabu.
Tertuduh yang juga warga asing berusia 56 tahun itu turut disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal melebihi masa di negara ini.
Ketua Polis Daerah Penampang Superintenden Sammy Newton berkata, tertuduh adalah individu yang terlibat dalam kemalangan melibatkan 15 kenderaan pada 28 Februari lalu.
"Tertuduh telah menyebabkan kerosakan kenderaan lain dan harta benda yang serius serta menimbulkan kegusaran di kalangan masyarakat setempat.
"Mahkamah mendapati tertuduh bersalah di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) kerana memandu secara cuai dan menjatuhkan hukuman penjara selama enam tahun serta didenda RM6,000, jika gagal bayar tambahan hukuman enam bulan penjara.
"Tertuduh juga disabit kesalahan Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia melebihi masa setelah pas visa mansuh," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Katanya lagi, dalam kes berkaitan, mahkamah turut menjatuhkan hukuman kepada seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun kerana menggaji tertuduh tanpa dokumen.
"Majikan tersebut dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 55 (b) (1) Akta Imigresen 1959 kerana mengambil pekerja asing tanpa dokumen," katanya.