Tun Abdullah simbol kesantunan dalam kepimpinan - Mapim
Iklan
Tun Abdullah Ahmad Badawi
ALOR SETAR – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyifatkan bekas Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai simbol kesantunan dalam kepimpinan yang akan terus dikenang oleh rakyat Malaysia.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pemergian Tun Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Pak Lah, merupakan satu kehilangan besar buat negara.
Iklan
Iklan
"Pak Lah adalah seorang negarawan yang berhemah tinggi, berjiwa rakyat, dan sentiasa menjunjung prinsip kesederhanaan serta integriti dalam kepimpinan.
"Beliau adalah pemimpin yang mendengar, mendidik, dan memimpin dengan jiwa,” katanya dalam satu kenyataan.
Iklan
Mapim turut mengenang jasa besar Tun Abdullah dalam memperkenalkan pendekatan Islam Hadhari, yang membuka jalan kepada pemahaman Islam yang progresif dan inklusif dalam masyarakat majmuk.
"Pendekatan Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh beliau telah membawa keseimbangan antara pembangunan fizikal dan nilai-nilai murni, menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih harmoni,” tambahnya.
Iklan
Di bawah kepimpinan beliau, negara menyaksikan pelbagai reformasi, termasuk memperkukuh institusi, meningkatkan integriti pentadbiran, dan membuka ruang kepada reformasi politik serta sosial.
Mapim menegaskan bahawa legasi Tun Abdullah sebagai pemimpin yang tenang, bijaksana, dan berjiwa besar akan terus menjadi inspirasi kepada generasi kini dan akan datang.
Menurutnya, Tun Abdullah adalah simbol kesantunan dalam kepimpinan iaitu seorang pemimpin yang tidak hanya memimpin dengan kuasa, tetapi dengan kasih sayang dan kebijaksanaan.
Mapim turut menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham dan mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat ALLAH SWT serta ditempatkan dalam kalangan para solihin.
"Semoga ALLAH mengampuni segala dosa beliau, melimpahkan rahmat, dan mengurniakan ganjaran syurga atas segala jasa dan kebajikan yang telah ditabur sepanjang hayatnya,” kata Mohd Azmi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>