Melaka jadi sasaran sindiket curi kereta mewah, 4x4

Iklan
Dzulkhairi (tengah) bergambar bersama pegawai-pegawai polis yang hadir pada majlis itu.

MELAKA - Melaka kini menjadi sasaran baharu sindiket curi kereta mewah terutama kenderaan pacuan empat roda (4x4) sebelum kenderaan itu dibawa keluar ke beberapa negara jiran utara.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, hampir setiap minggu kes kecurian kenderaan ini dilaporkan biarpun pemiliknya meninggalkan kenderaan itu dalam keadaan berkunci dan berpagar.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kumpulan sindiket berkenaan berfungsi secara terancang dan terlatih, malah mereka dipercayai hanya mengambil masa sekitar tiga minit untuk melarikan kenderaan terbabit.

Malah katanya, percaya kenderaan seperti Toyota Hilux, Ford Raptor dan Mitsubishi Triton mendapat permintaan tinggi di pasaran gelap khususnya di negara-negara seperti Thailand, Kemboja, dan Laos dengan harga jualan seredah RM10,000 bagi sebuah kenderaan.

Iklan
Dzulkhair (kiri) memakaikan pangkat kepada Mohd Nazri ketika Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Melaka serta Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Melaka yang baharu di Auditorium IPK Melaka di Bukit Beruang, di sini, pada Rabu.

"Sehingga kini dianggarkan 15 kes kecurian kenderaan 4x4 dilaporkan dan paling tinggi kes yang diterima membabitkan daerah Melaka Tengah.

"Kita minta masyarakat yang memiliki kenderaan ini lebih berhati-hati, sebab setiap bulan memang ada kes kecurian kenderaan ini dilaporkan," katanya kepada ketika sidang akhbar selepas Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Melaka serta Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Melaka yang baharu di Auditorium Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang, di sini, pada Rabu.

Iklan

Mengulas lanjut beliau berkata, sindiket ini tidak hanya melakukan kegiatan itu pada waktu malam sahaja malah juga bertindak pada waktu siang sama ada di kawasan perumahan, pusat membeli belah dan kenderaan yang diparkir di tepi jalan.

Ujarnya, anggaran kerugian kira-kira 15 buah kenderaan yang dicuri mencecah hampir RM1.5juta berdasarkan harga pasaran semasa.

"Kita juga percaya penjenayah ini mempunyai kumpulan pemerhati yang akan mengekori mangsa sebelum melakukan jenayah mencuri kenderaan," katanya lagi.

Pada majlis itu menyaksikan kenaikan pangkat Asisten Komisioner, Nor Azizan Yusof sebagai Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Melaka manakala Superintenden Mohd Nazri Ismail dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Melaka yang baharu.