ABU DHABI - Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan berkenan menzahirkan ucapan takziah kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas pemergian bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Naib Presiden merangkap Perdana Menteri dan Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, serta Naib Presiden merangkap Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Mahkamah Presiden, Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan, turut berkenan menyampaikan ucapan takziah dalam perutusan berasingan kepada Seri Paduka Baginda.