Agregat selamatkan Barcelona di Dortmund

Iklan
Guirassy ledak hatrik buat Dortmund di Signal Iduna Park pada Khamis. Foto Agensi

JUARA Eropah lima kali, Barcelona menempah slot separuh akhir Liga Juara-Juara dalam tempoh enam musim selepas menyingkirkan cabaran gergasi Bundesliga Jerman, Borussia Dortmund, dengan agregat 5-3 di pentas suku akhir.

Kemenangan 4-0 semasa perlawanan pertama di Stadium Olimpik Lluís Companys, 10 April lalu membolehkan Barcelona jagoan La Liga Sepanyol itu menyerap kekalahan 1-3 di Signal Iduna Park pada Khamis.

Iklan
Iklan

Kemenangan agregat 5-3 sudah memadai untuk Blaugrana kendalian Hansi Flick melayakkan diri ke kelompok empat kejuaraan berprestij kelab Eropah tersebut menanti pemenang antara Inter Milan dan Bayern Munich di Stadium San Siro pada Khamis.

Sebelum itu, Die Schwarzgelben bimbingan Niko Kovac gah mengungguli perlawanan menerusi hatrik dijelmakan Serhou Guirassy (penalti m-11, m-49, m-76) yang

Iklan

menghadiahkan kekalahan pertama buat Barca dalam semua pertandingan sepanjang tahun ini.

Namun, kelebihan tiga gol Guirassy berjaya dikurangkan defisit menerusi jaringan gol sendiri pemain pertahanan kelahiran Algeria, Ramy Bensebaini minit ke-54 bagi mengesahkan kemaraan separuh akhir.

Iklan

Jaringan berpunca apabila bintang Barcelona juga bekas tonggak Dortmund, Robert Lewandowski memberikan tekanan kepada Bensebaini ketika pemain Dortmund itu cuba menghalang hantaran daripada Fermin Lopez.