Haram hukum tanam pokok tanpa kebenaran tuan tanah, melainkan...

Iklan
HARAM menanam pokok di atas tanah orang lain melainkan mendapat kebenaran daripada tuannya. Foto Canva

ISU berkaitan dengan menanam pokok di atas tanah orang lain hangat kebelakangan ini.

Persoalannya mengikut ajaran Islam, apakah boleh menanam pokok di dalam kawasan atau tanah orang lain? Bagaimana pula jika tidak diketahui siapa pemilik tanah tersebut?

Iklan
Iklan

Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus ketika ditanya mengenai perkara ini menjelaskan, haram hukumnya menanam pokok di dalam tanah orang lain tanpa kebenaran tuannya.

"Tapi kalau tidak diketahui tuan tanah atau dia sudah lama tidak datang, maka harus menanam pokok di dalam kawasan tersebut dengan syarat pokok yang tidak merosakkan tanah orang itu,” jelasnya di akaun YouTube miliknya pada Selasa.

Iklan

USTAZ AZHAR

Hurainya lagi, sebagai contoh, jika tuan tanah sudah lama tidak datang untuk menjenguk tanahnya, maka dibolehkan untuk menanam di atas tanah tersebut.

Iklan

"Sejak dari kecil lagi tuan tanah tidak pernah datang ke tanah ini, maka kita pun tanamlah cili dua pohon.

Oleh sebab itu katanya, ketika mahu membeli sebidang tanah, maka perlu dijelaskan akad pembelian tersebut, apakah ia termasuk dengan pokok di dalam kawasan itu atau sebaliknya.

JIKA tuan tanah sudah lama tidak datang, maka dibolehkan untuk menanam pokok yang tidak merosakkan tanah tersebut. Foto Canva

"Kalau nak beli tanah, kena bincang baik-baik mengenai pokok buah di atas tanah, sebab kalau jual tanah, (maka) pokok tidak termasuk.

"Jadi kena bincang baik-baik berkenaan pokok tersebut, apakah ia dijual dengan tanah atau sebaliknya,” jelasnya lagi.