Sajak 'Ku Cari Damai Abadi' nukilan Pak Lah pembuka perbahasan sidang DUN Sabah

Iklan
Aliakbar (kiri) membacakan sajak nukilan Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum memulakan ucapan perbahasan beliau di sidang DUN Sabah pada Selasa.

KOTA KINABALU - Sajak nukilan Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi berjudul Ku Cari Damai Abadi menjadi pembuka ucapan Datuk Aliakbar Gulasan (Pas-Dilantik) ketika menyampaikan perbahasan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Selasa.

Sebelum memulakan ucapannya, Aliakbar memohon izin daripada Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar untuk membacakan sajak tersebut.

Iklan
Iklan

"Sebelum saya meneruskan perbahasan, saya memohon kepada Datuk Speaker untuk membenarkan saya membaca satu sajak peninggalan daripada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2004.

"Saya rasa kandungan sajak ini sangat berkaitan dengan kita sebagai manusia dan juga sebagai pemimpin," katanya sebelum membahaskan ucapan dasar Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, pada Selasa.

Iklan

Selepas membacakan sajak tersebut, Aliakbar turut mendoakan agar roh bekas Perdana Menteri kelima itu, yang lebih dikenali sebagai Pak Lah ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta diberi ketenangan di alam barzakh.

Sementara itu, sebelum persidangan DUN dimulakan pada pagi Selasa, Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya mengambil peluang mengajak semua warga DUN untuk membacakan surah al-Fatihah sebagai tanda penghormatan kepada Allahyarham.

Iklan

"Seluruh warga DUN Sabah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) turut berdukacita atas pemergian seorang negarawan yang banyak berjasa kepada negara.

"Marilah kita sama-sama mendoakan semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman," katanya.