PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki warga tempatan bagi membantu siasatan kes.
SPRM dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan pihaknya sedang mengesan Sofian Abu Bakar, 49, yang mempunyai alamat terakhir di No 4, Jalan Sri Laguna 6/1, Taman Sri Laguna, 81200 Johor Bahru, Johor.