Kempen Meriahnya Aidilfitri, UDA tawar hadiah lumayan

Iklan
Kempen itu menggabungkan dua kempen istimewa iaitu Rujuk & Miliki dan Beli & Miliki.

SHAH ALAM - Bersempena musim perayaan, syarikat pembangunan hartanah dan pengurusan aset, UDA Holdings Berhad (UDA) tampil dengan kempen jualan hartanahnya, Meriahnya Aidilfitri menerusi Rujuk atau Beli & Miliki Duit Raya Bersama UDA bermula 1 hingga 30 April ini.

Kempen itu menggabungkan dua kempen istimewa iaitu Rujuk & Miliki dan Beli & Miliki.

Iklan
Iklan

Pemangku Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zahrin Zakaria berkata, menerusi kempen Rujuk & Miliki, orang ramai berpeluang menerima ganjaran wang tunai sehingga RM5,000 dan ia tertakluk kepada terma serta syarat yang ditetapkan.

Menurutnya, walaupun dua kempen tersebut dilakukan buat pertama kali, namun gabungan strategik itu membawa lebih banyak peluang dan manfaat kepada orang ramai sama ada ingin merujuk serta membeli.

Iklan

"Menerusi kempen Beli & Miliki pula, seramai 20 pembeli terawal yang menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA) berpeluang menerima Duit Raya daripada UDA sehingga RM3,000 selain dapat memiliki hartanah berkualiti sambil menikmati pelbagai ganjaran menarik.

"Kempen ‘Meriahnya Aidilfitri Rujuk atau Beli & Miliki Duit Raya bersama UDA’ ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat.

Iklan

"Orang ramai perlu memperkenalkan produk hartanah UDA kepada kenalan, rakan atau ahli keluarga, kemudian isi borang rujukan secara dalam talian, hubungi staf atau ejen jualan UDA yang sah untuk maklumat lanjut bagi menyertai kempen Rujuk & Miliki.

"Bagi kempen Beli & Miliki, orang ramai perlu menandatangani SPA dalam tempoh kempen untuk berpeluang mendapatkan Duit Raya bersama UDA,” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Mengulas lanjut, menurut Zahrin semua lapisan masyarakat layak menyertai kempen tersebut dengan membeli salah satu koleksi hartanah UDA yang terletak di Bandar Tun Hussien Onn, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuantan, Terengganu dan Sarawak. Tambahnya, UDA akan terus berusaha menyediakan pelbagai hartanah berkualiti dengan nilai terbaik di seluruh negara di mana setiap wilayah menampilkan keunikan tersendiri.

Beliau berkata, kempen tersebut seiring dengan misi UDA iaitu memperkasa kehidupan dengan memberikan produk dan perkhidmatan dengan nilai terbaik secara mampan.

"Pembangunan hartanah UDA terus mendapat tempat di hati pembeli dan menjadi pilihan utama bagi mereka yang mencari kediaman berkualiti dan pelaburan bernilai. UDA terus berusaha memberikan pengalaman pemilikan yang bermakna untuk setiap pelanggan.

"Setiap pembangunan hartanah dibangunkan dengan penuh teliti, memberi perhatian kepada keselesaan, lokasi strategik dan nilai jangka panjang.

"UDA berusaha untuk memastikan setiap pembangunan hartanah yang dihasilkan membawa manfaat terbaik bukan sahaja untuk pelanggan tetapi untuk komuniti dan alam sekitar, melalui pendekatan pembangunan mampan,” katanya.