Empat bekas PM hadir beri penghormatan terakhir kepada Pak Lah

Iklan
Muhyiddin ketika memberi penghormatan terakhir kepada Tun Abdullah di ruang solat utama di Masjid Negara pada Selasa. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Empat bekas Perdana Menteri Malaysia hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara di sini pada Selasa.

Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi yang terawal tiba bagi menziarahi jenazah Tun Abdullah pada 10.40 pagi.

Iklan
Iklan
Najib menyampaikan ucapan takziah kepada Tun Jeanne ketika memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah di ruang solat utama Masjid Negara pada Selasa. Foto Bernama

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Najib untuk memberi penghormatan terakhir dan menghadiri pengebumian Tun Abdullah yang lebih dikenali sebagai ‘Pak Lah’.

Dr Mahathir memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Tun Abdullah di ruang solat utama Masjid Negara pada Selasa. Foto Bernama

Sementara itu, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba 50 minit kemudian diikuti Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 12.20 tengah hari.

Iklan

Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula tiba kira-kira 12.34 tengah hari.

Hsein Loong ketika memberi penghormatan terakhir kepada Jenazah Tun Abdullah di ruang solat utama di Masjid Negara pada Selasa. Foto Bernama

Turut hadir, Menteri Kanan Singapura yang juga bekas Perdana Menteri, Lee Hsien Loong.

Iklan

Kesemua pemimpin berkenaan meluangkan masa beberapa minit bertemu ahli keluarga Tun Abdullah yang berada di sisi jenazah Allahyarham sepanjang upacara penghormatan berlangsung.

Isteri Tun Abdullah, Tun Jeanne Abdullah, anak perempuannya Nori Abdullah bersama suami, Khairy Jamaluddin antara ahli keluarga yang berada di sisi jenazah Allahyarham sepanjang upacara penghormatan terakhir di Dewan Solat Utama Masjid Negara.

Tun Abdullah, 85, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.10 malam Isnin. - Bernama