Percaya bomoh boleh rawat gangguan makhluk halus, warga emas rugi RM445,000

Iklan
Seorang warga emas kerugian RM445,000 selepas diperdaya pengamal perubatan tradisional kononnya bagi merawat gangguan makhluk halus yang mengganggu keluarganya. (Gambar kecil: Roslan) Gambar hiasan.

TANGKAK – [DIKEMAS KINI] Gara-gara percaya kepada pengamal perubatan tradisional, seorang warga emas kerugian RM445,000 selepas diperdaya kononnya bagi merawat gangguan makhluk halus yang mengganggu keluarganya.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pihaknya menerima laporan daripada lelaki berusia 70 tahun itu pada Isnin.

Iklan
Iklan

"Mangsa ditawarkan untuk mendapatkan khidmat rawatan tradisional dan telah menyerahkan sejumlah wang tunai serta barangan kemas kepada suspek dengan anggaran kerugian berjumlah RM445,000.

"Wang tunai dan barang kemas berkenaan diserahkan sekitar bulan Mac hingga April 2024.

Iklan

"Mangsa percaya rawatan perubatan ini adalah sahih disebabkan suspek merupakan kenalannya," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan sebatan atau denda.

Iklan

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya serta diseru membuat semakan terlebih dahulu atas sesuatu tawaran sebagai langkah berhati-hati.