Isu tauliah: Pemuda Amanah Perak buat laporan terhadap calon PN

Iklan
Ahmad Munzirie (tengah) mewakili Pemuda Amanah Perak membuat laporan polis di IPD Tapah pada Isnin terhadap calon PN berhubung isu tipu tauliah.

TAPAH - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek yang disyaki menipu dalam permohonan mendapatkan tauliah mengajar daripada Jabatan Mufti.

Timbalan Ketuanya, Ahmad Munzirie Ahmad Kabir berkata, Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Perak menetapkan ahli politik dilarang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti mengajar atau bersyarah di mana-mana masjid dan surau.

Iklan
Iklan
Ahmad Munzirie (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap calon PN, Abd Muhaimin.

"Jika disemak semula, beliau menerima tauliah itu tahun lalu ketika memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Pas Tapah dan sekarang sudah pun menjadi calon.

"Perlu ditegaskan bahawa perkara ini bukan isu remeh kerana melibatkan maruah institusi agama, integriti pentadbiran negeri dan kedaulałan Raja Berperlembagaan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah di sini pada Isnin.

Iklan

Menurut beliau, tindakan itu bukan sahaja melanggar Peraturan-peraturan Pengawasan Pengajaran dan Syarahan Agama 2013 dan dianggap mengingkari titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

"Calon tersebut perlu bersikap jujur apabila memegang satu jawatan, beliau perlu melepaskan tauliah itu.

Iklan

"Jadi saya minta pihak berwajib untuk ambil tindakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan Seksyen 468 Kanun sama kerana pemalsuan dokumen," katanya.