Sabah ada 'tiga penyakit serangkai'- Bung Moktar

Iklan
Bung Moktar

KOTA KINABALU - Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Lamag) memaklumkan bahawa Sabah masih dibelenggu oleh tiga masalah utama yang disifatkan sebagai 'penyakit serangkai' sejak sekian lama.

Menurut beliau, isu berkenaan melibatkan masalah bekalan air, elektrik dan jalan raya yang belum berjaya diselesaikan walaupun kerajaan telah beberapa kali bertukar ganti.

Iklan
Iklan

"Di Sabah ini ada 'penyakit tiga serangkai', penyakit air, penyakit elektrik, penyakit jalan raya. 60 lebih tahun merdeka, tidak pandai selesai, tidak dinoktahkan. Hairan, tukar ganti kerajaan, tukar ganti Ketua Menteri, itu juga.

"Saya rasa sudah tiba masanya untuk kita menyelesaikan isu ini. Rakyat Sabah tidak boleh hidup dengan penderitaan sebegini. Sabah harus maju dan membangun daripada negeri-negeri yang lain.

Iklan

"Ini perlu disimpan dalam pemikiran mana-mana juga pemimpin. Yang menang pilihan raya akan datang, tolong pastikan Sabah keluar daripada masalah yang sebegini," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, pada Isnin.

Tambahnya, rakyat hanya mahu keperluan asas disediakan, bukannya pelbagai bentuk bantuan bersifat sementara daripada kerajaan.

Iklan

"Rakyat bukan mahu apa, rakyat mahu air bersih sampai ke rumah, rakyat mahu jalan raya, anak-anak mereka mahu ke sekolah, mahu ke hospital, wanita bersalin mahu ke klinik, rakyat mahu api elektrik tidak putus-putus. Itu pun sukar kita bagi.

"Jadi inilah antara faktor-faktor kalau boleh kita cuba selesaikan. Bukan dibagi dengan bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) RM300 kepada yang terpilih 33,000 keluarga, yang lain tak dapat, bagaimana?

"Selepas itu dibagi insurans. 3.5 juta rakyat Malaysia. Kenapa, 3.5 juta itu dijangka akan kiamatkah, akan kena langgar kereta kah, akan gantung diri kah," soalnya.

Menjawab celahan Datuk Masiung Banah (Gagasan Rakyat-Kuamut) mengenai isu 'tiga penyakit serangkai' yang dibangkitkan, Bung Moktar menjelaskan bahawa beliau pernah mengemukakan cadangan lengkap semasa memegang jawatan sebagai Menteri Kerja Raya.

"Saya telah menjelaskan bahawa selaku menteri yang bertanggungjawab pada ketika itu, saya telah mengemukakan cadangan setebal tiga inci kepada Ketua Menteri.

"Tetapi beliau mengambil mudah perkara itu dan itu salah satu faktornya kenapa saya mengisytiharkan keluar daripada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebab tidak memperdulikan cadangan untuk menyelesaikan masalah air. Yang Berhormat (Masiung) masih menyokong walaupun tidak menyelesaikan masalah rakyat," katanya.