Sabah dah lama maju jika semua orang bendung rasuah - ADUN Telupid

Iklan
JONNYBONE

KOTA KINABALU - Semua pihak harus menerima hakikat bahawa usaha membendung rasuah di Sabah harus melalui diri sendiri tanpa menuding jari kepada orang lain.

Datuk Jonnybone J Kurum (PBS-Telupid) berkata, negeri ini sebenarnya sudah lama mencapai kemajuan sekiranya setiap individu membendung perbuatan rasuah sejak dahulu.

Iklan
Iklan

"Mengenai rasuah, saya tidak mahu sentuh kerana ini dalam skop yang besar kerana ia boleh dianggap sebagai persepsi. Rasuah berlaku sekiranya sudah dibawa ke mahkamah dan diputuskan, kalau tidak ia sebagai persepsi dan sebagai suatu perbualan di luar.

"Kalau anda mengatakan bahawa anda bebas rasuah, saya rasa kena tanya diri sendiri. Kalau anda mengatakan kerajaan semasa atau yang dahulu tidak pernah mengamalkan rasuah, itupun saya tidak percaya juga," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas memberi laluan kepada Sarifuddin Hata (Warisan-Merotai) yang mencelah untuk meminta pandangan sama ada nilai kebersamaan perlu seiring dengan integriti dalam usaha membangunkan Sabah.

Tegasnya, jika benar-benar ingin memastikan rasuah tidak berlaku, ia perlu dimulakan dengan keinsafan dan tindakan diri sendiri.

Iklan

"Kita tidak boleh melihat apa yang ada dalam diri kamu dan setiap diri kita tapi melalui diri kita sendirilah akan menjadi teladan bersama.

"Kalau dulu Sabah ini bebas rasuah, maju sudah kita ini tetapi kalau kita menerima hakikat bahawa rasuah itu boleh dibendung bersama, melalui diri sendirilah, jangan tuding kepada orang lain," katanya.