Berpuasa tetapi tetap hadir kenduri? Ramai tidak tahu ganjarannya

Iklan
KETAHUILAH bahawa sekiranya seseorang yang berpuasa itu kekal berada semasa majlis tersebut dalam keadaan tetamu lainnya sedang menikmati makanan, maka dirinya akan mendapat selawat daripada para malaikat sehinggalah mereka selesai makan atau kekenyangan. -Foto: CANVA

JARANG sekali kita mendengar orang yang berpuasa datang bagi memenuhi undangan majlis kenduri kahwin.

Walaupun tindakan itu kurang popular, tetapi terdapat segelintir masyarakat yang berbuat demikian.

Iklan
Iklan

Apatah lagi jemputan kenduri kahwin sememangnya wajib dihadiri bagi setiap individu yang diundang kecuali jika menghadapi keuzuran tertentu yang menghalang seseorang untuk memenuhi undangan tersebut.

Pendakwah Ustaz Muhammad Fahmi Rusli menjelaskan, tiada masalah bagi orang berpuasa menghadiri jemputan kenduri untuk meraikan undangan dan mendoakan keberkatan buat pengantin.

Iklan

USTAZ MUHAMMAD FAHMI

Ia sebagaimana kisah Saidina Uthman bin Affan RA yang dijemput menghadiri majlis walimah ketika dirinya sedang berpuasa sebagaimana dinyatakan dalam kitab Az-Zuhd.

Iklan

Ustaz Muhammad Fahmi kemudian menceritakan kisah Nabi Muhammad SAW yang masuk ke dalam rumah ‘Umairah Nasibah binti Ka’b RA sebagai tetamu.

‘Umairah Nasibah menghidangkan makanan kepada Rasulullah SAW, lalu Baginda berkata kepadanya:"Makanlah kamu.” Ummu ‘Umairah membalas:"Saya sedang berpuasa.” Lalu, kata Rasulullah:"Sesungguhnya orang yang berpuasa itu, para malaikat akan berselawat kepadanya apabila ada orang yang sedang makan berhampirannya, sehinggalah mereka selesai. (Kata perawi): Boleh jadi Baginda mengatakan:"Sehingga mereka kenyang.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

TIADA masalah bagi orang berpuasa menghadiri jemputan kenduri untuk meraikan undangan dan mendoakan keberkatan buat pengantin. -Foto: CANVA

"Demikian antara kelebihan berpuasa ketika orang lain tidak berpuasa iaitu menghasilkan doa daripada para malaikat sekiranya terdapat orang yang tidak berpuasa sedang makan berhampiran dengan orang yang berpuasa tersebut.

"Maksud menghasilkan selawat daripada para malaikat ialah malaikat mendoakan keampunan serta rahmat buat orang yang berpuasa tersebut,” ungkapnya.