S.L.I.D.E 2025 tingkat inovatif bakal pembiaya, peneraju industri

Iklan
Aidonna

PROGRAM SEEd.Lab Impact Driven Experience (S.L.I.D.E 2025) oleh Inkubator Makmal Pendidikan Perusahaan Sosial atau SEEd.Lab yang dikuasakan oleh Petronas dan Tata Consultancy Services (TCS) membentangkan penyelesaian inovatif kepada bakal pembiaya, peneraju industri serta kolaborator.

Ketuanya, Aidonna Jun Ayub berkata, S.L.I.D.E 2025 menyediakan peluang perniagaan untuk mempercepatkan pertumbuhan dengan menubuhkan kerjasama bermakna, mendapatkan bimbingan dan membina perkongsian strategik untuk membawa inovasi ke pasaran lebih besar.

Iklan
Iklan

Menurutnya, enam usaha niaga itu merangkumi pelbagai industri, termasuk pertanian mampan, pemerkasaan kewangan, pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan penjagaan warga emas.

"Sehingga kini, SEEd.Lab telah melahirkan 14 usaha sosial termasuk enam daripada kohort ketiganya dan secara positif menyentuh 28,000 nyawa,”

Iklan

"S.L.I.D.E 2025 berfungsi sebagai platform penting bagi mempamerkan perniagaan sosial selain menjamin perkongsian strategik yang akan mempercepatkan pertumbuhan dan membentuk penyelesaian untuk komuniti,"katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Jurulatih dan usahawan sosial Kohort 3 SEEd.Lab.

Mengulas lanjut, menurut Aidonna, antara enam usaha sosial yang dipamerkan di S.L.I.D.E 2025 ialah AquFish, ArtsProud, LearnaDo, ProLadang, Quinterra dan Sagemaker Asia.

Iklan

Jelasnya, AquFish membantu penternak ikan mengoptimumkan pemakanan melalui sistem pemantauan pintar berasaskan ketepatan, manakala ArtsProud menyatukan hubungan kreatif warga emas dalam meningkatkan kesihatan kognitif.

"LearnaDo dapat meningkatkan minat pelajar dalam sains melalui pembelajaran berasaskan permainan untuk menjadikan pendidikan STEM sebagai pengembaraan yang tidak dapat dilupakan.

"Program ProLadang memperkasakan petani dengan cerapan satelit untuk mengesan perosak dan penyakit, manakala Quinterra merintis penyelesaian sisa makanan mampan serta pertanian regeneratif akuaponik.

"Sagemaker Asia pula memperkasakan wanita dari segi kewangan untuk dan perniagaan yang mampan,” ujarnya.

Sazali

Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Hiliran Petronas, Datuk Sazali Hamzah berkata, perusahaan sosial telah berjaya dikembangkan sepanjang lima tahun ini.

Ulasnya, S.L.I.D.E 2025 telah mewujudkan peluang baharu untuk kolaborator daripada industri dan komuniti mengukuhkan asas usaha niaga dalam mencipta impak serta membuat perubahan kepada masyarakat.

"Kami telah melihat impak usaha niaga ini sepanjang lima tahun yang lalu oleh SEEd.Lab untuk menangani beberapa cabaran inovasi terkini di Malaysia,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ketua Negara Tata Consultancy Services (TCS) Malaysia, Jeevan Rajoo berkata, SEEd.Lab melengkapkan usahawan dengan alat, bimbingan dan sumber yang diperlukan untuk membangunkan penyelesaian yang membawa perubahan.

Tambahnya, usaha niaga itu bukan sahaja meletakkan asas perubahan positif, tetapi memerlukan rakan kongsi yang tepat untuk pergi lebih jauh.

"Saya menggalakkan pihak berkepentingan daripada semua sektor untuk meneroka peluang kerjasama yang mereka bentangkan dan menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka,” katanya.