PGA rampas makanan sejuk beku dari Thailand

Iklan
Batalion 8 PGA Pengkalan Chepa menggagalkan cubaan menyeludup makanan sejuk beku dari Thailand ke negara ini selepas mengesan bungkusan mencurigakan di tebing sungai di kawasan pangkalan haram Pasir Tok Deh, di Rantau Panjang pada Ahad.

RANTAU PANJANG – Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa menggagalkan cubaan menyeludup makanan sejuk beku dari Thailand ke negara ini selepas mengesan bungkusan mencurigakan di tebing sungai di kawasan pangkalan haram Pasir Tok Deh, di sini pada Ahad.

Rampasan tersebut dilakukan pada jam 6 pagi semasa penugasan Op Taring Wawasan.

Iklan
Iklan

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan telah menemukan 320 peket makanan sejuk beku yang disyaki cuba diseludup masuk ke pasaran tempatan.

"Keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM16,000 dan ditemui dalam beberapa bungkusan besar yang ditinggalkan di kawasan tebing sungai berhampiran sempadan.

Iklan

"Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan semua rampasan diserahkan kepada JKDM (Jabatan Kastam Diraja Malaysia) untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Menurut beliau, PGA akan terus memperhebatkan kawalan dan rondaan sempadan bagi mengekang aktiviti penyeludupan yang semakin licik, terutamanya menjelang musim perayaan.

Iklan