UMNO sudah lama laksana kempen skala kecil
Iklan
Othman.
SHAH ALAM - UMNO sudah lama menggunakan pendekatan kempen skala kecil termasuk menyantuni pengundi dari rumah ke rumah sejak beberapa siri pilihan raya terdahulu bermula Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dan Nenggiri.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Othman Desa berkata, kaedah kempen itu bukan sesuatu yang baharu, tetapi diamalkan secara agresif oleh barisan Jalinan Rakyat (JR) parti kerana melihat pendekatan itu lebih berkesan pada PRK Ayer Kuning.
Iklan
Iklan
"Kita lebih suka menggunakan taktik yang disebut kempen secara kasih sayang, berbanding kempen terbuka dengan membawa isu-isu yang tiada kaitan pun dan seolah-olah syok sendiri.
"Pendekatan kempen skala kecil itu membolehkan gerak kerja lebih berfokus kepada mendekati rakyat serta mengenal pasti masalah yang dihadapi pengundi secara langsung,” katanya.
Iklan
Iklan
Pada Sabtu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, BN akan mengambil pendekatan untuk tidak mengadakan ceramah besar pada PRK DUN Ayer Kuning.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Khemah besar' mampu saingi penyatuan ummah UMNO-Pas - Mat Sabu"><meta itemprop="description" content="Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu yakin kerjasama politik menerusi pendekatan khemah besar atau ‘big tent’ mampu menyaingi agenda penyatuan ummah yang digerakkan UMNO dan Pas, lapor wartawan Sinar Harian, Roskhoirah Yahya. 
Bagaimanapun, beliau berkata, cadangan berkenaan masih di peringkat awal dan belum melalui sebarang rundingan rasmi. 
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805725/berita/politik/khemah-besar-mampu-saingi-penyatuan-ummah-umno-pas---mat-sabu 
Tajuk lagu: Elevate 
Artis/ komposer: Benjamin Tissot 
Sumber: www.bensound.com 
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. 
#SinarHarian #BeritaSemasa #Amanah #MatSabu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-22T14:28:18.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/h8lHY1h0lm2Grxv_r/x1080"><meta itemprop="duration" content="P173S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbyvn1e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbyvn1e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbyvn1e"></script>