DHAKA - Kerajaan Bangladesh telah menyerahkan konsainan ketiga bantuan kemanusiaan kepada pihak berkuasa Myanmar yang terjejas akibat gempa bumi, lapor Xinhua.
Duta Besar Bangladesh ke Myanmar, Md Monwar Hossain menyerahkan konsainan ketiga bantuan kemanusiaan itu kepada pihak Myanmar dalam satu majlis pada Sabtu, menurut kenyataan Perhubungan Awam Antara Perkhidmatan (ISPR) Angkatan Tentera Bangladesh.