Lima beranak maut, helikopter terjunam dalam sungai

Iklan
Rakaman menunjukkan bilah kipas helikopter yang dinaiki Escobar bersama keluarganya tercabut. Foto Agensi

NEW YORK - Kegembiraan sebuah keluarga mahu meraikan hari lahir bertukar tragedi selepas helikopter dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai.

Kemalangan tragis pada Jumaat lalu itu melibatkan keluarga eksekutif Siemens, Agustin Escobar bersama isteri dan tiga anak mereka berusia empat, lapan dan 10 tahun.

Iklan
Iklan

Siasatan awal dilancarkan pihak berkuasa termasuk Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) mendapati bahagian helikopter itu terputus sebelum ia terjunam ke dalam Sungai Hudson yang merentasi antara New York dan New Jersey di Amerika Syarikat (AS).

Keluarga tersebut yang tiba dari Barcelona, Sepanyol dilaporkan sedang bersiar-siar di sekitar New York dengan menaiki helikopter tersebut.

Iklan

Ketika siasatan lanjut sedang dijalankan, muncul pula rakaman video yang menunjukkan punca sebenar nahas tersebut.

"Bilah kipas dipercayai tercabut sebelum mengenai badan helikopter dan impak itu menyebabkan bahagian ekor terputus. Salah satu punca kemalangan itu adalah kerana kegagalan mekanikal," lapor Dailymail.com memetik kenyataan beberapa pakar pada Sabtu.

Iklan

Helikopter Bell 206L-4 (N216MH) yang dikendalikan oleh sebuah syarikat pelancongan tempatan itu terbang selama kira-kira 16 minit dan sempat mengelilingi Statue of Liberty pada ketinggian kira-kira 304 meter sebelum kemalangan itu berlaku. - Agensi