Warga emas rugi lebih RM2 juta kena tipu pelaburan emas, buat 60 kali transaksi

Iklan
Mangsa berusia 72 tahun telah terpedaya dengan pelaburan emas yang diperkenalkan oleh suspek melalui Facebook. Foto hiasan

KUANTAN - Seorang wanita warga emas kerugian lebih RM2 juta selepas terpedaya dengan pelaburan emas yang tidak wujud.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang menerima laporan polis dari daerah Temerloh berkenaan kes terbabit.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pada 20 Februari tahun lepas, mangsa berusia 72 tahun telah terpedaya dengan pelaburan emas yang diperkenalkan oleh suspek melalui Facebook.

"Mangsa kemudian diberikan satu pautan untuk dimasukkan ke dalam satu grup WhatsApp.

Iklan

"Dalam grup itu mangsa diberikan latihan untuk mengendalikan pelaburan emas dan mula membuat pelaburan dengan tiga aplikasi yang diberikan suspek," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Tambah beliau, dalam tempoh 18 April hingga 9 Disember tahun lalu, mangsa telah membuat pemindahan wang sebanyak RM2,612.203.30 dengan 60 kali transaksi ke dua akaun bank yang diberikan suspek.

Iklan

"Mangsa hanya menyedari ditipu selepas semua aplikasi pelaburan gagal diakses dan wang keuntungan yang dijanjikan tidak diterima.

"Sumber kewangan mangsa melibatkan wang simpanan, wang mendiang suami, hasil jualan rumah dan pinjaman daripada anak mangsa yang menetap di luar negara," katanya.