Arsenal tersandung di Emirates, trofi EPL kian hampiri bumi Liverpool
Iklan
Jaringan Wissa menewaskan Raya untuk satu mata dibawa pulang dari Emirates. Foto Agensi
NAIB juara musim lalu, Arsenal, terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 menentang Brentford di Stadium Emirates pada Sabtu, satu keputusan yang memberikan kelebihan lebih besar buat Liverpool dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Anak buah Mikel Arteta dikejutkan oleh persembahan bertenaga Brentford di hadapan penyokong The Gunners, hanya beberapa hari selepas kemenangan gemilang 3-0 ke atas Real Madrid dalam suku akhir Liga Juara-Juara di venue sama.
Iklan
Iklan
Lebih malang, skuad Arteta bergelut untuk menembusi pertahanan Brentford yang tersusun rapi pada sejam pertama perlawanan biarpun menguasai sebahagian besar permainan.
Bagaimanapun, penyokong tuan rumah akhirnya bersorak bergemuruh pada minit ke-61 apabila sentuhan memukau Declan Rice mudah disudahkan oleh Thomas Partey.
Iklan
Namun, kegembiraan Arsenal tidak bertahan lama apabila The Bees menyamakan kedudukan pada minit ke-74, hasil rembatan Yoane Wissa yang menewaskan penjaga gol sensasi Arsenal, David Raya.
Arsenal gagal mencari gol kemenangan di penghujung perlawanan biarpun dengan sorakan padu penyokong Gunners.
Iklan
Keputusan seri ini menyaksikan Arsenal kini ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu liga, Liverpool, yang akan menentang West Ham United pada Ahad.
Brentford pula berhak berbangga dengan satu mata berharga yang melonjakkan angkatan Thomas Frank ke tangga ke-11 liga.
Sementara itu, Arteta tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya apabila misi mengejar Liverpool berakhir dengan keputusan seri.
"Kami kecewa dengan keputusan ini. Kami mengawal penuh perlawanan dan bolos gol yang sangat lemah...
"Ia tidak cukup baik dan apabila anda tidak melakukan apa yang sepatutnya dilakukan oleh pemain bola sepak profesional menentang pasukan ini, anda akan bolos, itu sahaja," kata Arteta.
Bagaimanapun, keputusan Arteta untuk melakukan beberapa perubahan dalam kesebelasan utama - mungkin dengan fokus kepada perlawanan kedua Liga Juara-Juara di Madrid minggu depan memberi petunjuk bahawa keutamaan mungkin beralih ke pentas Eropah memandangkan jurang mata yang besar dengan Liverpool di liga domestik.
Babak pertama yang kurang menarik dihidupkan seketika apabila Kieran Tierney menjaringkan gol menerusi tandukan pada minit ke-27, namun jaringan itu dibatalkan oleh bantuan video pengadil (VAR) kerana ofsaid.
Brentford pula kelihatan selesa dan memiliki peluang terbaik pada babak pertama menerusi Kristoffer Ajer yang dinafikan oleh kecemerlangan Raya.
Sementara itu, Frank gembira dengan mata yang diraih hasil kunjungan ke laman lawan tersebut.
"Sudah tentu, ia adalah satu mata yang sangat baik menentang pasukan Arsenal yang sangat bagus dan baru sahaja menewaskan Real Madrid empat hari lalu.
"Bangkit untuk menyamakan kedudukan 1-1 menunjukkan karakter pasukan kami. Saya berharap kami dapat mencipta lebih banyak peluang tetapi mereka juga bertahan dengan sangat baik," ujar Frank.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.