Amaran ribut petir, hujan lebat di kebanyakan negeri

Iklan
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri sehingga 7 malam ini.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri sehingga jam 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan Kedah (Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) serta Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

Iklan
Iklan

Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan di Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman), Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) serta Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Keadaan sama turut diramal melanda Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin), Melaka dan Johor (Tangkak, Muar, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi).

Iklan

Selain itu, di Sarawak membabitkan Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Bintulu (Tatau) dan Limbang, manakala di Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang dan Nabawan), Pantai Barat (Papar) dan Tawau. - Bernama

Iklan