Ahmad Zahid nafi Pemuda UMNO boikot PRK Ayer Kuning

Iklan
Ahmad Zahid ketika mengiringi calon ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Merdeka di sini pada Sabtu.

TAPAH - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan kononnya sayap pemuda UMNO Bahagian Tapah tidak membantu calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Menurutnya, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tapah, Fahmi Ahmad Jakhisi hadir setiap mesyuarat yang diadakan bagi menghadapi PRK ini.

Iklan
Iklan

Beliau yakin sayap pemuda akan memberikan sokongan kepada calon BN, Dr Mohamad Yusri Bakir.

"Tidak ada (unsur boikot oleh pemuda UMNO) kerana beliau (Fahmi) ada dalam setiap mesyuarat yang diadakan sama ada di peringkat negeri atau di peringkat bahagian.

Iklan

"Insya-ALLAH mereka akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada ustaz (Mohamad Yusri) dari segi wakil sebagai calon Ayer kuning ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas proses Penamaan Calon PRK DUN Ayer Kuning di Dewan Merdeka di sini pada Sabtu.

Iklan

Terdahulu media melaporkan terdapat segelintir ahli sayap itu kecewa kerana wakil mereka tidak terpilih sebagai calon BN bagi PRK Ayer Kuning.

Ketuanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, pemuda tidak sesekali akan memboikot PRK berkenaan.