Kerajaan Johor perketat pemantauan projek paip gas
Iklan
Peta saluran paip gas dan ultiliti berkaitan di Semenanjung Malaysia. Sumber: Malaysian Gas Association (MGA)
KULAI - Kerajaan Johor memperketatkan pemantauan di kawasan kerja pembinaan atau pemasangan berhampiran paip gas bagi mengelakkan daripada insiden yang berlaku di Putra Height, Selangor berulang di negeri ini.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, terdapat dua kawasan utama yang menjadi tumpuan industri petrokimia melibatkan penggunaan paip gas iaitu di Pasir Gudang dan Pengerang.
Iklan
Iklan
"Pemasangan paip gas di dua kawasan berkenaan diluluskan sejak 2015 dan sehingga kini tidak pernah berlaku sebarang insiden serius.
"Setakat ini, semuanya diselenggara dengan baik. Petronas bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) sentiasa menjalankan pemeriksaan berkala untuk memastikan aspek penguatkuasaan dipatuhi,” katanya pada sidang akhbar di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, di Dewan Putra, Bandar Putra, di sini, pada Sabtu.
Iklan
Tambah beliau, proses kelulusan pemasangan paip gas melibatkan lebih 10 jabatan seperti Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Majlis Perbandaran Pengerang (MPP), Unit Perancang Ekonomi, Pejabat Tanah, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Syarikat Air Johor (SAJ), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Mineral dan Geosains.
Ujarnya, dari segi kelulusan teknikal, semua gerak kerja sudah mengikut dasar dan syarat ditetapkan tetapi masalah akan berlaku di tapak apabila kontraktor menjalankan kerja tanpa pemantauan rapi.
Iklan
"Sebab itu penting ada individu yang bertanggungjawab di tapak bagi memastikan kerja dilakukan mengikut spesifikasi. Ia penting kerana paip gas melibatkan isu keselamatan peringkat tertinggi.
"Jadi, kerajaan negeri melalui PBT akan memperketatkan pemantauan kerja di tapak dan memastikan semua senarai semak dipatuhi oleh pihak kontraktor.
"Jika kerja di tapak dipantau dengan baik seperti mana spesifikasi yang ditetapkan, insya-ALLAH perkara seperti di Selangor tidak akan berlaku di Johor,” katanya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.