TANGKAK - [DIKEMAS KINI] Dua sepupu maut selepas motosikal yang dinaiki mereka merempuh sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan di Jalan Gambir 34, Bandar Baru Bukit Gambir di sini, pada Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa Muhammad Farhan Danial Mohd Fauzi, 17, dan Muhammad Afiq Rusyaidi Abdul Rashid, 18, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah untuk bersiap menunaikan solat Jumaat.