KOTA BHARU - Tiga lelaki rakyat Malaysia antara 11 individu ditahan dalam operasi bersepadu yang dijalankan polis Thailand di sebuah resort dekat Sungai Golok, Selatan Thailand pada Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Kol. Pol Jedsadavit Inpraphan berkata, kesemua suspek termasuk lima wanita berusia antara 21 hingga 37 tahun ditahan sekitar 9.30 pagi kerana dipercayai memiliki pelbagai jenis dadah termasuk ketamin, pil yaba, ekstasi, Erimin 5 dan rokok elektronik yang mengandungi bahan terlarang.