Iklan
Iklan
"Sebagai langkah kesiapsiagaan, Mindef telah menubuhkan Bahagian Sains dan Elektromagnetik Pertahanan.
"Bahagian ini akan bertanggungjawab mengurus segala keperluan berkaitan siber dan teknologi dalam usaha menghadapi ancaman yang semakin mencabar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama, di sini, pada Khamis.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Khalid Abdul Samad.
Mengulas lanjut, Adly berkata selain aset fizikal, tenaga kerja yang berkepakaran dalam bidang keselamatan siber sedang dibangunkan secara berfasa bagi memperkukuh kesiapsiagaan pertahanan negara.
"Pada masa yang sama, Mindef turut merancang untuk memperluaskan domain laman sesawang bagi ketiga-tiga cabang utama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu tentera darat, laut dan udara,” ujarnya.