KDN haramkan dua buku, dikhuatiri gugat keharmonian awam

Iklan
Dua naskah penerbitan buku diwartakan Perintah Larangan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301].

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan Perintah Larangan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301] terhadap dua naskhah penerbitan buku, berkuat kuasa pada 10 Mac lalu.

KDN dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, langkah itu diambil bagi mengelakkan sebarang bentuk penyebaran ideologi atau gerakan yang boleh menggugat keharmonian masyarakat.

Iklan
Iklan

"Penerbitan bertajuk The Goal of The Wise: The Gospel of The Riser of The Family of Mohammed oleh Abdullah Hashem diwartakan melalui Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) (No. 4) 2025 [P.U. (A) 76].

"Manakala sebuah lagi penerbitan bertajuk Suka Duka Perjalanan Dhul-Qarnain/ Cyrus The Great dan Iskandar Agung turut diwartakan larangan melalui Perintah (No. 5) 2025 [P.U. (A) 77] kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kepentingan awam,” katanya.

Iklan

Menurut kenyataan itu, tindakan Perintah Larangan bagi kedua-dua hasil penerbitan berkenaan adalah selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 7(1) Akta 301.

"Perintah Larangan bawah Akta 301 ini berasaskan konsep kawalan dan pencegahan sebelum suatu ancaman atau kemudaratan berlaku.

Iklan

"Dalam masa yang sama, masyarakat turut mendapat pendedahan dan kesedaran mengenai hasil-hasil penerbitan yang tidak diingini dan tidak sesuai untuk bacaan umum,” katanya.

Menurutnya, kerajaan ingin menyatakan komitmen berterusan dalam melaksanakan tindakan kawal selia dan penguatkuasaan terhadap mesin cetak dan penerbitan, khususnya bagi mencegah penyebaran elemen, fahaman mahupun gerakan yang boleh mengganggu-gugat keselamatan dan ketenteraman awam.

"Maklumat lanjut berkaitan hasil penerbitan yang telah dikenakan tindakan Perintah Larangan bawah Akta 301 juga boleh diakses menerusi laman sesawang rasmi Kementerian Dalam Negeri atau portal Perundangan Persekutuan Malaysia,” katanya.