Imigresen gempur lima penempatan sarang PATI

Iklan
Antara PATI yang ditahan dalam operasi penguatkuasaan di Semporna.

KOTA KINABALU – Jabatan Imigresen Sabah menggempur lima penempatan yang dipercayai menjadi sarang pendatang asing tanpa izin (PATI) di Semporna, dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan pada Selasa.

Operasi bermula pada jam 8 pagi itu berjaya menahan seramai 61 warga asing atas pelbagai kesalahan yang melibatkan Akta Imigresen 1959/63.

Iklan
Iklan

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof berkata, operasi itu melibatkan pasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari lima daerah iaitu Semporna, Tawau, Lahad Datu, Sandakan dan Kota Kinabalu.

"Operasi ini dilaksanakan berdasarkan aduan awam serta risikan yang dijalankan selama tiga hari di kawasan tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan
Kesemua yang ditahan dihantar ke Depot Imigresen Tawau untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Menurut SH Sitti Saleha, berdasarkan maklumat yang diperoleh, pasukan operasi memeriksa 173 individu yang terdiri daripada warga asing dan tempatan.

"Hasil pemeriksaan, seramai 61 individu, termasuk kanak-kanak yang terdiri daripada warga Filipina, Indonesia, Pakistan dan China telah ditahan.

Iklan

"Mereka ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, serta di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," tambahnya.

Kesemua yang ditahan dihantar ke Depot Imigresen Tawau untuk siasatan dan tindakan lanjut.

SH Sitti Saleha menegaskan Jabatan Imigresen Sabah akan terus mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, serta Akta Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

"Tindakan tegas juga akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menggaji dan melindungi PATI," katanya.