Ketua pembangkang Korea Selatan letak jawatan

Iklan
Jae-myung antara calon pilihan untuk menggantikan Suk Yeol yang dipecat pada minggu lalu. Foto Agensi

SEOUL - Ketua pembangkang utama Korea Selatan, Lee Jae-myung pada Rabu mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai pemimpin parti.

"Saya akan memulakan kerja baharu,” ujar Jae-myung yang sebelum ini menerajui Parti Demokratik tanpa memberikan butiran lanjut.

Iklan
Iklan

Beliau bagaimanapun tidak mengesahkan sama ada akan bertanding jawatan Presiden pada pemilihan yang dijadualkan pada 3 Jun depan meskipun menjadi calon pilihan ramai.

Jae-myung, 61, pernah tewas dengan margin tipis kepada bekas Presiden, Yoon Suk Yeol ketika Pilihan Raya Presiden 2022.

Iklan

Menurutnya, fokus utama sekarang adalah untuk mengukuhkan pakatan keselamatan bersama Amerika Syarikat (AS) dan mendapat hak untuk memproses semula bahan api nuklear yang dikhuatiri akan meningkatkan lagi ketegangan di Semenanjung Korea.

"Ia adalah respons terhadap provokasi Pyongyang. Saya akan dapatkan hak untuk bangunkan kapal selam berkuasa nuklear,” ujarnya lagi pada mesyuarat kepimpinan parti yang turut disiarkan secara langsung di YouTube. - Agensi

Iklan