JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dijemput sebagai tetamu khas Presiden Paris Saint-Germain FC (PSG) Nasser Al-Khelaifi untuk melawat pusat latihan serba canggih kelab itu di Paris semalam.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini, baginda juga akan menyaksikan perlawanan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) antara PSG menentang Aston Villa di Parc des Princes malam ini.