Raja Charles III dan Permaisuri Camilia diraikan dengan sambutan istiadat di Rom

Iklan
Raja Charles III dan Permaisuri Camilla diraikan dengan sambutan istiadat rasmi oleh Presiden Itali Sergio Mattarella, menandakan permulaan lawatan negara pasangan diraja Britain itu ke Itali.

ROM - Raja Charles III dan Permaisuri Camilla diraikan dengan sambutan istiadat rasmi oleh Presiden Itali Sergio Mattarella, menandakan permulaan lawatan negara pasangan diraja Britain itu ke Itali, lapor PA Media/dpa.

Ketibaan baginda berdua di Istana Quirinale, kediaman rasmi Presiden Itali di Rom diiringi oleh kawalan berkuda Corazzieri sehingga ke perkarangan istana.

Iklan
Iklan

Presiden Mattarella turut ditemani anak perempuannya, Laura Mattarella yang menjalankan peranan rasmi sebagai wanita pertama Itali sejak pemergian isteri Mattarella beberapa tahun lalu.

Kedua-dua pemimpin berdiri bersama pasangan diraja ketika lagu kebangsaan Britain dan Itali dimainkan oleh pancaragam tentera sebagai simbol penghormatan dua negara.

Iklan

Turut mengiringi istiadat itu ialah barisan kehormat yang terdiri daripada anggota tentera darat, laut, udara, pasukan Carabinieri serta pengawal berkuda Corazzieri, yang membentuk barisan sepanjang hamparan karpet merah.

Raja Charles, yang diiringi Presiden Mattarella turut berkenan memeriksa barisan kehormat.

Iklan

Presiden Mattarella merupakan tokoh politik veteran dan bekas hakim Mahkamah Perlembagaan Itali.

Beliau memegang jawatan sebagai Presiden sejak tahun 2015, menggantikan Giorgio Napolitano.

Selesai istiadat, Raja Charles dan Presiden Mattarella menyertai sesi pertemuan rasmi. Sebelum itu, satu demonstrasi kerjasama ketenteraan antara United Kingdom dan Itali telah diadakan. - Bernama/PA Media/dpa