Pelajar sekolah, Muna Qaisara hilang dari asrama sejak Sabtu

Iklan
Muna Qaisara dilapor hilang dari asrama di Kuala Terengganu sejak Sabtu lalu.

KUALA TERENGGANU - Orang ramai diminta membantu mengesan seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang dari asrama sekolahnya di sini sejak Sabtu lalu.

Pelajar terbabit, Muna Qaisara Muhammad Budiman, kali terakhir dilihat memakai jubah berwarna merah hati dan tudung berwarna krim sebelum disedari tidak berada di asrama.

Iklan
Iklan

Ibunya, Juliana Johari, 42, berkata, pelbagai usaha telah dilakukan oleh keluarga untuk menjejaki anaknya itu namun sehingga kini masih menemui jalan buntu.

"Saya rayu kepada sesiapa yang mungkin mempunyai rakaman dashcam di sekitar laluan berhampiran kawasan sekolah di Serada agar dapat membantu kami.

Iklan

"Ada juga pihak yang menyebarkan maklumat palsu kononnya Muna Qaisara sudah ditemui, sedangkan ia tidak benar," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Juliana berkata, mereka sekeluarga berharap agar Muna Qaisara dapat segera ditemui dalam keadaan selamat.

Iklan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor mengesahkan pihaknya menerima laporan kehilangan pelajar tersebut pada Ahad.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Orang Hilang (OH) dan usaha mengesan mangsa sedang giat dijalankan.

Orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian 013-5714157 atau 013-3092947, atau hadir ke mana-mana balai polis berdekatan.