LHDN Melaka santuni anak yatim
Iklan
Kakitangan LHDN Melaka bergambar bersama warga Petah.
MELAKA TENGAH - Warga Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Melaka mengambil inisiatif menyantuni anak yatim menerusi program amal tanggungjawab sosial korporat (CSR) 2020.
Program dengan kerjasama Pejabat Pengarah Negeri (PPN) Negeri Sembilan dan Melaka serta Cawangan Siasatan (CSI) Melaka diadakan di Rumah Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Harapan (Petah) Krubong di sini kelmarin.
Iklan
Iklan
Pengarah LHDN Negeri Sembilan/Melaka, Mohamad Zain Mohamad Said berkata, program itu memberi peluang kepada pihaknya untuk membantu komuniti yang memerlukan dalam aspek keperluan belajar seperti meja dan kerusi.
Menurutnya, ia juga menjadi landasan mengeratkan silaturahim di antara satu sama lain selain memupuk semangat bantu-membantu.
Iklan
Mohamad Zain (tengah) bersama kakitangannya menyantuni anak-anak yatim Petah di Krubong semalam.
"Ia satu program yang amat baik apabila PPN bersama CSI sudi menyantuni anak-anak yatim di Petah dengan pelbagai pengisian menarik.
"Walaupun sibuk bekerja namun kakitangan masih ada ruang dan peluang untuk bersama mereka yang kurang bernasib baik,” katanya yang mewakili Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) LHDN, Datuk Abd Manaf Dim di sini kelmarin.
Iklan
Hadir sama Pengarah LHDN Cawangan Melaka, Shifaak Md Amin; Pengarah Seksyen PPN N9/Melaka, Norazah Harun dan Pengarah CSI Melaka, Rizman Abdullah.
Mohamad Zain berkata, usaha murni ini juga menjadi penyuntik semangat kepada LHDN untuk lebih kerap mengadakan aktiviti kebajikan sebagai tanda kemanusiaan dan keprihatinan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>