Pegawai wanita ATM wakil tunggal Asia berucap di Forum Pemimpin Pertahanan

Iklan
Leftenan Kolonel Ts Dr Maimunah Omar telah diberi penghormatan dan kepercayaan sebagai salah seorang daripada 84 orang speaker dari seluruh dunia dalam Forum pemimpin Pertahanan di Warsaw, Poland.

SHAH ALAM - Pegawai wanita dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah diberi penghormatan dan kepercayaan sebagai salah seorang daripada 84 orang speaker dari seluruh dunia dalam Forum Pemimpin Pertahanan di Warsaw, Poland.

Lebih membanggakan, Leftenan Kolonel Ts Dr Maimunah Omar dari Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS) menjadi pegawai wanita tunggal dari benua Asia dan ASEAN yang diberi kepercayaan berada di pentas antarabangsa tersebut, bersama-sama dengan speaker dari Kesatuan Eropah (EU), Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Britain, Kanada dan Amerika Syarikat.

Iklan
Iklan

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan memaklumkan, forum itu berlangsung pada 25 sehingga 27 Mac lalu dan disertai pegawai kanan tentera, perusahaan kecil dan sederhana (SME) serta pemain industri pertahanan yang diundang sempena program itu.

"Perkongsian yang disampaikan bertajuk 'Military and HADR Logistics in ASEAN: Challenges and Opportunities.

Iklan

"Fokus perkongsian adalah menjurus kepada mekanisme pengendalian bencana oleh ASEAN menerusi pelbagai platform dan saluran seperti AADMER, AMRG, DELSA dan pelbagai lagi serta peranan tentera menjadi penggerak utama di dalam pengendalian dan pengurusan bencana di majoriti negara ASEAN,” menurut kenyataan itu pada Isnin.

Dr Maimunah turut berkongsi tentang kerjasama dan kesepakatan ASEAN serta cabaran yang ditangani bersama.

Iklan

Beliau juga memaklumkan bahawa kolaborasi yang diadakan bersama EU menerusi ESIWA (Enhancing Security Cooperation in and with Asia), German Armed Forces dan MiDAS, di mana satu seminar dan Bengkel Pengurusan Bencana bersama ASEAN akan diadakan pada September ini di Kuala Lumpur.

Pemilihan Dr Maimunah oleh penganjur adalah susulan daripada penglibatan cemerlang beliau sebagai salah seorang speaker semasa seminar dan bengkel Five Power Defence Arrangement (FPDA) – Logistic Group dan FPDA Working Group yang diadakan pada tahun lalu.