Kerajaan diminta ambil langkah tegas tangani kezaliman di Palestin - Mufti Pahang

Iklan
Tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis adalah bukti nyata bahawa negara haram Israel terus menerus melakukan jenayah perang dan penghapusan etnik.

KUANTAN – Kerajaan Malaysia diminta untuk mengambil langkah tegas dalam menangani kezaliman yang berlaku di Palestin dengan menjalin hubungan diplomatik bersama negara Islam lain melalui Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mencari penyelesaian yang mampan terhadap konflik ini.

Mufti Pahang, Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim berkata, serangan kejam dilakukan oleh rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin, termasuk serangan terhadap rumah ALLAH, wanita dan kanak-kanak adalah satu bentuk pelanggaran hak asasi manusia yang serius.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tindakan tersebut juga telah mencabul undang-undang antarabangsa sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

"Saya mengajak umat Islam di seluruh dunia bangkit dan bersatu untuk menyatakan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Iklan

"Marilah kita bersatu menangkis penjajahan rejim Zionis Israel yang sekian lama ini sehingga rakyat Palestin hidup dalam menderita," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Asmadi memberitahu, tindakan tidak berperikemanusiaan itu adalah bukti nyata bahawa Israel terus menerus melakukan jenayah perang dan penghapusan etnik terhadap rakyat Palestin secara sistematik.

Iklan

Ujarnya, perkara tersebut telah disahkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam perbicaraan kes Afrika Selatan lawan Israel.

Beliau menambah, sebagai umat Islam kita tidak boleh membiarkan rakyat Palestin berjuang sendirian.

"Sepertimana kita lihat di kaca televisyen dan dada-dada akhbar, di mana anak-anak kecil yang sangat berani mempertahankan tanah air mereka demi kesucian Baitulmaqdis.

"Walaupun tindakan kita sekecil zarah, ia tetap memberi impak besar terhadap perjuangan mereka. Marilah kita terus mendoakan keselamatan dan kemenangan bagi umat Islam di Palestin serta bagi semua umat Islam di seluruh dunia," katanya.